Rabu, 29 Mei 2013

Admit hospital...Part 1

Arrr...hari Selasa 28/5/2013 aku buat check up kat Hospital Pakar Puteri...ssebabnya blkng n tengkuk aku sakit..satu lagi badan aku kebas-kebas...mcm kena cucuk..macam kena karen pun yer jugak... aku nerbes dah....

  Dah kenapa dengan aku ni...apa yang x kena.... semua terjawab bila aku buat check up dengan Pakar Orthopedic Dr Mazwar Sofiyan...

   Dr Mazwar ni..baikla sesangat...lembut jerk dia cakap...mmg hilangla nerbes ke takut masa tu...mmg baguslah doktor ni...satu - satu dia test...dari kepala sampai ler kaki....aku kena buat x ray dan mri...mmm x sempat aku nak ambik gambo...dah sakit.. tak ingat dah nak ambik gambo hihihi....proses mri tu lama la jugak lebih kurang 40 minit....

   Resultnya....argggghhh slip disc kay cervical dan lumbar PID...apa tu...hhaha...aku sakit kat bhgian tulang belakang...

  Terima kasih pada Prudential Bsn sebab cover insuran..dan tentunya pada agen ku Alhafis n Ain...yang banyak membantu...

Haa...ni yang aku nak citer..bilik aku yang amatlaaaaaa selesa...macam bercutila pulak...bilik mcam hotel....

Ha..cantik x...aku duk kat 601 bilik mawar VIP Suite.. dan layanan nurse pun baikla sangat....tima kasih semua....
Nanti sambung lagi k..utk part 2...

Sempat pulak aku update blog yer...ni gara2 bosan duk dlm balik...mata mmg dah ngantuk lepas makan ubat...ni berguna gadget time2 cam ni...bole update apa saja huhuhu..... bye.... =D

Selasa, 28 Mei 2013

Jalan-jalan Di Zoo Johor....

Mmm..di hujung minggu ni..pagi- pagi menghabiskan masa dengn anak-anak.....nak ikutkan keje mmg xxabesss...lagi- lagi study utk final exammmm ni.....ooo tidak bila ingatkn nak exam berdebar..seram pun ada..payah beb.... huhuhu...

Huhu tapi bab jalan ni...ok jerk...anytime ...kwang kwang  kwang...nampak sangatla kaki jalan kan...hehhe...

Anak anak suka gi zoo...excited nmpk banyak jenis burung..haiwan...salah satu cara learning process gakkn..

Ha..kat bawah ni antara gambo yng aku snap...banyak lagi sebenarnya..buaya tak ade gigi pun ade..haha...anak aku kata gigi buaya sakit.jadi kena cabut hahaha..macam2...

Sabtu, 9 Mac 2013

Adik bujangku sudah kawen...Part 1

 Mmm......letih sungguh kurasakan.... Adik yang nak kawen aku yang rasa letih....huhuhu bukan wat keje apa pun..letih sebab dok berulang Pasir Gudang - Batu Pahat tiap tiap hujung minggu.....ni sebb nak siapkan hantaran adik bujang ku nilaa..... Tapi x per..untuk adiku yang bam bam tu huhuhuhuh.....marah dia kalau baca tulisan aku ni kih kih kih.....

      Cepat betul masa berlalu....dah nak kawen adik aku yang ke tiga ni(masa taip n3 ni dah selamat dah) huhuhuhuh.... Adikku Khairul Anwar nama panggilan Lon.....  Menamatkan zaman bujangnya dengan pilihan hati Siti Manisah....

      Mmmm... X der idea aku nak berceloteh panjang.... Mta pn dah kelat..... Huuhuhu nila hasil tangan aku untuk hantaran ..... Yang tak kreatif.....maklumlah tangan bangku.....ada ke ????? Simpulan bahasa tu???!,,,Mmm...kaki bangku adala kan.....

Ni la hasil aku yang tak kreatif...semua main masuk dalam bakul.......











TQ Teacher....

Kek Untuk Teacher Iman....

      muhammad Isyraf Iman..tulah puteraku yang kedua...mmm mmg memerlukan kesabaran nak melayan kerenah anakmku ni... Tapi dia nya perihatin cukup tinggi.....

     Satu hari tu... Balik sampai umah...sibuk suh aku watkn kek utk teacher....aduuhhh malasnya....tapi dah Israf beria ia sngat...ku layan jugakkllaaaaaa.....

    Kek apa yang aku nak wat ni ekkk... Mm.. Selongkar punya selongkar stok brang baking yang aku ada.... Adalah stokmuntuk wat kek span ngan fresh cream..... Mm. Apa lagi... Aku wat la kek span coklat........nak senng...aku topping jer guna fresh cream... Puklllsampai gebu..pastu salut keliling kek... Hihihi..belasah jerlaaa.... Hehehehe....

Khamis, 20 Disember 2012

Besday Aliya Alisha...

...Happy birthday Kakak..... Kakak dah genap 4 tahun.... Moga kakak jadi anak yang solehah....berjaya duni dan akhirat... Jadi sempena besday kakak ni...ibu watkn kek kecik kecik utk kakak hihihihi....takla canteekk.. Tapi cukup menggembirakan kakak...Happy besday sayang........



Khamis, 29 November 2012

Kek karamel....Peberetttku.....

Haaa...ni peberet kek aku...tak muak..sedap..dan nyum..nyum...sedap makan sejuk sejuk.....sebenarnya kek ni dah lama aku wat...cuma x sempat nak masukkn n3 kat c ni hehehe...
Anak- anak aku pun suka.....

Ni resepi yang aku guna...

Untuk resepi lengkap beserta gambar step by step klik link di bawah
http://e-nalovelykitchen.blogspot.com/2011/10/kek-puding-karamel-pelangi-step-by-step.html

Loyang 8 inci / 20cm

Bahan-bahan untuk Gula Hangus:
2 sudu besar gula (boleh buat 1 1/2 sb untuk air gula ngam2 sahaja)
Loyang 8 inci / 20cm
Bahan-bahan untuk Puding (Rujuk gambar 3)
400ml fresh milk / susu cair
3 biji kuning telur (Putih telur masukkan terus ke dalam mangkuk pengadun untuk meringue nanti)
2 biji telur
140 gram gula castor
1 sudu kecil esen vanila

Bahan-bahan untuk Kek:
Adunan 1 (Meringue)
(rujuk gambar 6)
6 biji putih telur ( 3 biji putih telur dari bahan puding + dgn 3 biji putih telur baru)
70 gram gula castor
1 sudu kecil cream of tar tar
Adunan 2:
3 biji kuning telur ( kuning telur dari bahan meringue tadi)
130 ml air
50 ml minyak masak
70 gram gula castor
140 gram tepung gandum
1 sudu teh baking powder

1.Masukkan gula di tengah loyang kek, agak-agak di kawasan api dapur supaya senang gula cair.
2.Panaskan dengan api perlahan di atas dapur.
3.Biarkan sehingga gula cair dan bewarna perang dan tidak perlu di kacau.
4.Bila semua gula sudah hancur tutup api dan ratakan air gula memenuhi dasar loyang.
5.Ketepikan dan sediakan pula adunan puding seperti gambar 3. Air gula akan mengeras, biarkan sahaja. Gula ini akan cair apabila di bakar bersama dengan adunan puding dan kek nanti.

Cara-cara Puding:
1.Asingkan 3 biji putih telur dan kuning telur. Masukkan 3 kuning telur di dalam mangkuk kecil (dan 3 biji putih telur ke dalam mangkuk pengandun untuk bahan kek adunan 1 (meringue) nanti..
2.Masukkan 2 biji telur ke dalam mangkuk telur kuning dan kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih.
3.Kemudian satukan telur dan semua bahan-bahan di atas ke dalam mangkuk besar. Kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih.
4.Bila semua sebati, tapiskan ke dalam loyang gula hangus tadi.
5.Semasa memasukkan bancuhan puding, gula hangus akan berbunyi seperti kaca pecah.
6.Tidak perlu dibakar dahulu adunan ini.Ketepikan. Sediakan pula lapisan untuk kek bahan.

Cara-cara Kek adunan 1:
Pukul putih telur sehingga berbuih.
Masukkan gula castor dan cream of tar tar.
Pukul lagi dengan speed tinggi sehingga kental dan kaku.
Apabila mangkuk pengadun diterbalikkan adunan tidak tumpah.
Ketepikan. Guna mixer yang sama tidak perlu basuh terus buat adunan 2 untuk kek.

Cara-cara kek adunan 2:

Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.
Pukul kuning telur, air dan minyak masak sehingga putih dan gebu.
Masukkan gula castor dan pukul lagi sehingga kembang
Matikan mixer.
Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kacau dengan senduk kayu secara kaup balik sehingga semua bergaul sebati.
Masukkan separuh adunan 1 (meringue) ke dalam adunan 2. Kaup balik perlahan-lahan. Kemudian masukkan semua adunan 1 dan kacau rata secara kaup balik.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama banyak.
Warnakan dengan warna pilihan anda.
Sudukan ke dalam loyang puding tadi. Adunan kek akan terapung di atas adunan puding . Adunan akan bergerak kiri kanan...bila sudah separuh adunan dimasukkan baru stabil.
Sudukan 4 sudu besar adunan purple, diikuti 4 sudu besar adunan hijau di tengah adunan purple, 4 sudu besar adunan merah diletak tengah adunan hijau dan buat 4 sudu lagi utk semua warna. (2 pusingan untuk 4 sudu setiap warna)
Kemudian 3 sudu besar adunan purple, 3 sudu besar adunan hijau diikuti 3 sudu besar adunan merah sebanyak 3 pusingan lagi.
Diikuti dengan 2 sudu besar setiap warna sebanyak 2 pusingan dan akhir sekali 1 sudu besar setiap warna sehingga adunan habis.
Panaskan oven 160 degree. (panaskan sekali dgn tray oven yang ada air utk bain marie nanti)
Bakar secara double boiler atau bain marie selama 50 minit atau sehingga kek dan puding masak di rak paling bawah dalam oven.
Setelah masak biarkan kek di dalam oven selama 10 minit atau sehingga keliling kek lekang dari loyang.
Terbalikkan ke atas pinggan dan kek akan turun sendiri.
Segera lap lebihan air gula yang meleleh dan di atas puding secara perlahan dan berhati-hati supaya kek tidak basah.
Potong kek semasa kek benar-benar sejuk dan hidangkan. Sedap di makan selepas disejukkan di dalam peti sejuk.


Ha...nilah hasilnya kek yang aku buat hihihihi.... Yg ni aku tak dapat potong..sebb orangnya.....nanti next post aku akan tunjukkn keratan rentasnya.....