Khamis, 29 November 2012

Kek karamel....Peberetttku.....

Haaa...ni peberet kek aku...tak muak..sedap..dan nyum..nyum...sedap makan sejuk sejuk.....sebenarnya kek ni dah lama aku wat...cuma x sempat nak masukkn n3 kat c ni hehehe...
Anak- anak aku pun suka.....

Ni resepi yang aku guna...

Untuk resepi lengkap beserta gambar step by step klik link di bawah
http://e-nalovelykitchen.blogspot.com/2011/10/kek-puding-karamel-pelangi-step-by-step.html

Loyang 8 inci / 20cm

Bahan-bahan untuk Gula Hangus:
2 sudu besar gula (boleh buat 1 1/2 sb untuk air gula ngam2 sahaja)
Loyang 8 inci / 20cm
Bahan-bahan untuk Puding (Rujuk gambar 3)
400ml fresh milk / susu cair
3 biji kuning telur (Putih telur masukkan terus ke dalam mangkuk pengadun untuk meringue nanti)
2 biji telur
140 gram gula castor
1 sudu kecil esen vanila

Bahan-bahan untuk Kek:
Adunan 1 (Meringue)
(rujuk gambar 6)
6 biji putih telur ( 3 biji putih telur dari bahan puding + dgn 3 biji putih telur baru)
70 gram gula castor
1 sudu kecil cream of tar tar
Adunan 2:
3 biji kuning telur ( kuning telur dari bahan meringue tadi)
130 ml air
50 ml minyak masak
70 gram gula castor
140 gram tepung gandum
1 sudu teh baking powder

1.Masukkan gula di tengah loyang kek, agak-agak di kawasan api dapur supaya senang gula cair.
2.Panaskan dengan api perlahan di atas dapur.
3.Biarkan sehingga gula cair dan bewarna perang dan tidak perlu di kacau.
4.Bila semua gula sudah hancur tutup api dan ratakan air gula memenuhi dasar loyang.
5.Ketepikan dan sediakan pula adunan puding seperti gambar 3. Air gula akan mengeras, biarkan sahaja. Gula ini akan cair apabila di bakar bersama dengan adunan puding dan kek nanti.

Cara-cara Puding:
1.Asingkan 3 biji putih telur dan kuning telur. Masukkan 3 kuning telur di dalam mangkuk kecil (dan 3 biji putih telur ke dalam mangkuk pengandun untuk bahan kek adunan 1 (meringue) nanti..
2.Masukkan 2 biji telur ke dalam mangkuk telur kuning dan kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih.
3.Kemudian satukan telur dan semua bahan-bahan di atas ke dalam mangkuk besar. Kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih.
4.Bila semua sebati, tapiskan ke dalam loyang gula hangus tadi.
5.Semasa memasukkan bancuhan puding, gula hangus akan berbunyi seperti kaca pecah.
6.Tidak perlu dibakar dahulu adunan ini.Ketepikan. Sediakan pula lapisan untuk kek bahan.

Cara-cara Kek adunan 1:
Pukul putih telur sehingga berbuih.
Masukkan gula castor dan cream of tar tar.
Pukul lagi dengan speed tinggi sehingga kental dan kaku.
Apabila mangkuk pengadun diterbalikkan adunan tidak tumpah.
Ketepikan. Guna mixer yang sama tidak perlu basuh terus buat adunan 2 untuk kek.

Cara-cara kek adunan 2:

Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.
Pukul kuning telur, air dan minyak masak sehingga putih dan gebu.
Masukkan gula castor dan pukul lagi sehingga kembang
Matikan mixer.
Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kacau dengan senduk kayu secara kaup balik sehingga semua bergaul sebati.
Masukkan separuh adunan 1 (meringue) ke dalam adunan 2. Kaup balik perlahan-lahan. Kemudian masukkan semua adunan 1 dan kacau rata secara kaup balik.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama banyak.
Warnakan dengan warna pilihan anda.
Sudukan ke dalam loyang puding tadi. Adunan kek akan terapung di atas adunan puding . Adunan akan bergerak kiri kanan...bila sudah separuh adunan dimasukkan baru stabil.
Sudukan 4 sudu besar adunan purple, diikuti 4 sudu besar adunan hijau di tengah adunan purple, 4 sudu besar adunan merah diletak tengah adunan hijau dan buat 4 sudu lagi utk semua warna. (2 pusingan untuk 4 sudu setiap warna)
Kemudian 3 sudu besar adunan purple, 3 sudu besar adunan hijau diikuti 3 sudu besar adunan merah sebanyak 3 pusingan lagi.
Diikuti dengan 2 sudu besar setiap warna sebanyak 2 pusingan dan akhir sekali 1 sudu besar setiap warna sehingga adunan habis.
Panaskan oven 160 degree. (panaskan sekali dgn tray oven yang ada air utk bain marie nanti)
Bakar secara double boiler atau bain marie selama 50 minit atau sehingga kek dan puding masak di rak paling bawah dalam oven.
Setelah masak biarkan kek di dalam oven selama 10 minit atau sehingga keliling kek lekang dari loyang.
Terbalikkan ke atas pinggan dan kek akan turun sendiri.
Segera lap lebihan air gula yang meleleh dan di atas puding secara perlahan dan berhati-hati supaya kek tidak basah.
Potong kek semasa kek benar-benar sejuk dan hidangkan. Sedap di makan selepas disejukkan di dalam peti sejuk.


Ha...nilah hasilnya kek yang aku buat hihihihi.... Yg ni aku tak dapat potong..sebb orangnya.....nanti next post aku akan tunjukkn keratan rentasnya.....



Ahad, 18 November 2012

Durian Crepe n Pavlova

Bahang Durian Crepe makin terasa....terasa kehangantannya..... Hahha... Dari mula mula teringin nak mkan..cuba buat sendri...member suh watkan....member member order....sekarang alhamdulillah ramai yg order..Dc ni... Dari cuma memain ...jadi bebetul lak....adushhh..terasa letihnya...siang kije lain...at umah kije lain....umah tok sah kata la...dah mcm kilang durian...hahahabagahahahahah.... Tapi seriously aku bukan nak niaga sgt..tapi sebb aku suka...aku rasa seronok...bila masak2 ni...memng la penat...tapi rasa puasss......kih kih kih...

Member member yang kat batu pahat dah 2, 3 orang tanya bila nak balik BP.....nak aku watkan DC untuk depa semua...huhuhuhuh....aku makan ke x.?????....aku ni buat jer... Mkn boleh kira...... Bila sendri dah hadap hari2... Tak terliuq dah....huhuhuhu camtu gaknya. rasa tukang masak tu kan...
Mm... Tula..citer citer aku t DC ni...nak sedap mmg kena guna doyan mahal... Tapi doyan mahal bangkrap ler... X balik modal nnti huhuhuhu....






Jumaat, 16 November 2012

Oh.....PAVLOVA..... ;P

Pavlova...

Sapa yang tak tau akan keenakan kek ni... Walaupun agak manis...tapi bila serasikan dengan buah-buahan yang masam manis atas pavlova ini rasanya...betapa nikmatnya...tak dapat aku bayangkan.... Mmmm mmg sedapla hehehehhe .... Org lain x taula... Tapi kat tekak aku .... Memang sedaplaaaa...hhuhuhuhuhu... Walaupun luarannya nampak agak rapuh tapi dalamnya lembut seperti mashmallow ....cuma sikit manislaaa... Sapa- sapa yang ada diabetes tu kurang kurangkanlah makan kek yer hihi....
Gara- gara sukakan pavlova .. Maka aku mencarilah resepi di en google... Maklumla aku ni bukan kategori yang pandai memasak dan baking- baking ni... Aku tak gi mana2 kelas pun....Cuma belajar sikit- sikit dari hasil pembacaan....

Akhirnya, resepi yang menarik hatiku adalah dari blog MAT GEBU... Aku memang suka tengok blog mat gebu... Macam- macam hasil masakan yng mat gebu dah masak... Sungguh kagum... Izinkan saya copy yer.... Terima kasih

PAVLoVa
Sumber: matgebu@dapur tanpa sempadan

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 putih telur (mat guna telur gred A)
1 cawan gula halus (mat cedok keluar 2 camca teh)aku kurangkn setengah cawan..nak kurangkn manissss...
1 camca besar tepung jagung
1 camca teh cuka makan
1 camca teh esen vanilla
3/4 cawan non-dairy whipping cream, putar hingga kembang
Buah2an segar seperti stroberi, kiwi, peach, anggur, blueberry, raspberry dan mangga

CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan oven pada suhu 180C, buat satu bulatan berukuran 9 inci pada kertas minyak. Kemudian terbalikkan kertas tadi dan alas kan pada loyang pembakar (gunakan bayang bulatan tadi sebagai ukuran pavlova nanti). Ketepikan.
Putar putih telur hingga berbuih, guna kelajuan tinggi, masukkan gula halus sedikit demi sedikit hingga habis dan terus putar hingga menjadi meringue yang kental dan berkilat. Ayak tepung jagung, kacau rata dengan spatula.
Masukkan esen vanilla dan cuka makan, gaul rata. Tuang atas kertas minyak tadi dan bentukkan seperti lingkaran pada kertas tadi. Bentukkan bulat dan tinggi sedikit, tak perlu kemas2 sangat.
Turun suhu oven pada 130C dan bakar pavlova selama 1 jam 20 minit, mat guna api atas dan bawah. Bila pavlova nampak pucat dan sedikit perang, matikan api oven, renggangkan sedikit pintunya dan biar pavlova sejuk sendiri dalam oven.
Bila sejuk, berhati2, alihkan pavlova tadi ke dalam pinggan sesuai. Putar non-dairy whipping cream hingga kembang dan kental (pastikan ia sejuk). Kemudian tuang dan ratakan atas pavlova tadi. Hias dengan buah2 segar seperti dalam gambar, hidangkan dan simpan dalam peti sejuk jika tidah habis dimakan...

Rabu, 14 November 2012

Donut gebuzzzzz

Donut... Donut... Donut.... Haaa tu kuih peberet Iman n Yaya .... Minum petang kami sekeluarga... Akhirnya kutemui resepi yang best. Meletupp deboomm... Resepi donut ni lembut, gebu dan lembut jer walaupun dah sejuk.....

Donut Gebuzzz
Sumber: rosmarlina@jintanmanis.com

Terrimankasih yer... Izinkan saya cnp.. Untuk saya sendiri bagi rujukan akan datang...

Bahan- bahan:

400 g tpng roti
100 g tepung gandum( tapi aku guna 500 g tepung gandum jer terus sebb x der tepung roti heheheh)
170 ml air suam
1 biji telur
4 sudu water roux
40 g shortening @ butter
30 g susu tepung ( ibu ambik sikit susu kakk yer) ;)
4 sudu besar gula
2 sudu kecil baking powder ( aku x letak) abes stok...
2 sudu besar olive oil / minyak masak
1 sudu kecil garam
6 g yis ( aku letak 2 sudu kecil yis - gantikan baking powder yg x der tadi... Memandai jer aku kan )

Water roux
1:5. 1 tepung dicampur dgn 5 air dan di masak dlm periuk sehingga pekat.....

Cara- cara:
1. Mula mula buat wat water roux, masukkan semua bahan dalam bekas adunanndan uli sehingga tak melekat,
2. Dah jadi doh masukkan butter dan uli lagi. Hingga lembut dan licin.
3. Masukkan doh dlam plastik bersih dan perap selama 40 minit atau sehingga doh naik jadi 2 kali ganda.

Atau guna BM
Masukkan semua bahan dalam bm dan pilih set uth DOH dan tekan.... Tghu siap dan naik 2 kali ganda .. Hehehhe senangkan....

Dah siap,... Bolehla bentukkan ikut kreativiti memasing pastu gorengla... Jgn api besar tau... Guna sederhana api jer..... Dah goreng bolehla di salut dengan gula atau dihias ikut suka kita.. Salut ngan coklat ke... Sesuai untuk minum petang....

Durian Crepe......

Bahang Durian Crepe Kian Terasa.....

Hari-hari aku tengok orang post tentang durian crepe ni... Kat FB, blog... Sedap sangat ke... Cantik lak tu.. Macam colour ada pink, hijau, kuning , ada yang resepi guna banyak tepung ... Ada yg cuma guna tepung gandum...tapi yang bestnya part dutian tu mmg tak terkata apa lahh mmgla sedap hhuhuhuhuhu......

Akhirnya aku tak tertahan godaan beb... Hari- hari tengok gambo durian crepe ni jerk.. Aku nak makn gak .. Sedap sgt ke... Ha apa lagi aku godeh godeh la en google carik resepi...heheheh dah mmg nak keja mudah aku carik resepi yang paling mudah .... Akhirnya aku jumpa la resepi yang simple tapi walllah memng sedap..... Dan akhirnya aku dapat menikmati Durian Crepe ni.... Mmg betul la bak org gembar gemburkan... Memng sedapppp.... Yang bestnya laki aku laaa yang paling laju makan ... Berbiji biji dia makan huhuhu samai abess sedawa doyan jerk hhuuhuhu.....

Ha.. Ni resepi Durian Crepe yang aku cnp ye.. Mohon halal yer pada yg empunya resepi.... Mekacihh....

Sumber: Azlita masam manis
Bahan bahannya:

250 gm tepung gandum
3 biji telur
500ml santan (lebih mudah gunakan Santan kotak 400ml campur air 100ml)
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh pewarna (ikut suka)

Cara-cara;
Campurkan semua bahan dan blender kemudian tapis.
Panaskan pan atau kuali yang leper dengan api yang kecil..ratakan sedikit minyak.
Tuangkan 1 senduk adunan dan ratakan hingga menjadi crepe
Tak perlu dibalikkan dan biar permukaan atas kering..angkat dan biarkan sejuk
******

DURIAN FILLING
Bahan-bahan :
1 cawan Non Dairy Whipping Cream (pukul hingga kental)
Isi durian

Cara-cara ;
Bentangkan 1 keping crepe
Letakkan Whipping Cream di tengah-tengahnya
Letakkan isi durian
Tutupkan semula dengan Whipping Cream
Lipat crepe dan simpan dalam peti sejuk

Selasa, 13 November 2012

Concert n Graduation Day Tadika Nadi Permata

Tadika Nadi Permata telah adakan concert n graduation day di Pontian tahun ni....Anak ibu dah abis sekolah rupanya.....tahun depan dah darjah 1....besar dah anak ibu... Pada hari graduation day ni bnyak acara Isyraf ambil bahagian.... Boleh tahan gak anak ibu menari...huhhuhuh... Kesian Teacher Aishah sesorang uruskan budak budak ni salin pakaian dan costum baju.... Sib baik ada Pn Irma n Pn Aina.... Aku ??? Napa aku tak tolong..... Bukan aku x nak tolong... Aku sendiri fenin kepala nak jaga Aliya ngan Idlan bergerak sana sini tak nak duk diam....huhuhu.... Banyak gambar yang ayah Isyraf ambik... Tapi x sempat aku nak upload.... cuma gambar ni jerla... Gambar Isyraf pakai jubah... Moga terus berjaya anak ibu.... Tahun depan dah darjah satu.... Makin mencabar dan semua kena berdikari dan buat sendiri....

Kek Lapis Kukus Marble....

Ha ni kek yang aku buat di kala aku amat bosan dan mengantukkkk....... Rasa mcm nak zzzz... Je.. Apa susah baiti oiii tidoo jerla.... Tapi bnyak lagi nak marking paper ni. Ha jadi cara nak ilangkn ngntuk ku ni... Ku godeh godehla en google... Cari resepi ..mala terjumpa la resepi ni... Kek marble lapis... Tgk bahan semua ada.. Per lagi ... Sambil layan citer seram kat tv3... Ku mulakan operasi hahahahahahah......

Resepi kek marble lapis / kek velvet versi kukus
sumber : DayangJack@DapurKu SaYang

Izinkan saya cnp yer... Saya budak baru belajar heheheheh....

Bahan bahannya:


bahan-bahan : (DJ menggunakan loyang 9" x 4.5" x 4.5")
5 biji telur A (dari peti ais)
250 g tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder (diayak sebanyak 3 kali)
150 ml susu cair
180g gula halus
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu besar ovalette
1/4 sudu kecil garam
125 ml minyak jagung
perisa dan pewarna :
coklat mocha/coffee flavor atau pes oren + pewarna oren
pes pandan / pandan emulco
pes bluberi + pewarna ungu
pes strawberi / strawberry emulco + pewarna pink
perisa esen vanilla

Cara-cara :
Sediakan pengukus dan jerangkan airnya. Loyang digriskan dengan mentega dan taburkan dengan sedikit tepung (boleh juga alaskan dengan kertas serap minyak).
Putarkan semua bahan di atas kecuali minyak dan perisa/pewarna hingga kembang dan gebu. Kemudian barulah dimasukkan minyak jagung sedikit demi sedikit dan dikacau sebati dengan senduk atau spatula.
Kemudian bahagikan adunan kepada 6 bahagian (disukat sama rata dengan cawan/bekas yang sama saiznya). 2 cawan dibiarkan kosong dan diberi sedikit esen vanilla. Selebihnya diwarnakan dan diberi perisa pandan, strawberi, bluberi, dan oren/coklat mocha/cofee (DJ menggunakan 1 sudu makan black cocoa + coffee flavor + 1 sudu makan air panas)
Kukus lapisan vanilla terlebih dahulu selama 7-10 minit. (gunakan api perlahan sahaja)
Kemudian tuangkan perlahan-lahan adunan berwarna secara berselang seli dan kukus lagi selama lebih kurang 15-20 minit atau hingga dah tak cair. Dan disudahi dengan lapisan vanilla. (loyang ditutup dengan kertas foil supaya air wap tak menitik ke dalam kek). Kukuslah hingga betul-betul masak keseluruhannya (lebih kurang 1/2 jam)
Bila sudah masak, sejukkan kek terlebih dahulu sebelum dipotong.


Hhehehehe.... Siap sudah...... Nila hasilnya.... Termasuk airlak.... Sebab aku x tutup tpenutup pengukus tu..... Lenkali tutup tau.... Peringatan untuk aku sendrik huguhu